ANUGERAH PENGETUA BUKAN AYAH :)
Friday, August 2, 2013

Hye and Assalamualaikum :o 




 22 julai hari tu, ada majlis anugerah penghormatan pengetua untuk yang dapat 3.5 and above. dan aku antara salah satunya :D kay, terbangga sekejap. serious masalah . ayah aku kan YDP Muafakat kat maktab aku . soo , ayah aku datang la masa majlis tu, dan sbg tanda penghormatan utk ayah aku, dia dapatla duduk atas pentas dengan pengetua dan timb2 pengetua. so, aku kat bawah tu macam bangga gila aa kan, walaupun PNG aku tak tinggi mana pun . masa aku naik pentas, tetibe HEA cakap tanak salam ayah ke? aku pandang ayah aku kat tepi then terus turun sebab bukan aku sorang je nak amik hadiah. dan aku tanak la buat drama ayah dan anak kat atas pentas tu kaaannn? ~ whatever.  pastu, antara f3 ngan f4 punya turn, ayah aku diberi ruang untuk menyampaikan ucapan. then semua orang secara automatiknya tepuk tepuk aku macam ruang tu diberi kat aku pula. aku rasa macam WADDEE? dalam ucapan ayah aku tu, ada sekali tu dia sebut 'sebelum saya hantar anak saya tahun lepas...' masa tu seriously semua org sebut nama aku . memang tak mencapub la haritu kaann . 

keesokan harinya, masa tasmie' paling membengangkan. aku berkobar kobar nak tasmie' hari tu, tetibe abi pula tade. aku pun masukla group ustazah naailah. aku mintakla izin kat ustazah, then ustazah cakap 'semalam ayah awak kan yang berucap tu?' 'haah' ' mak awak orang arab ea?' 'tadela. ayah saya yang arab' 'tapi muka ayah tade muka arab punla. muka mak awak yang arab' aku pelik gila sebab mak aku duduk dalam kereta je ngan adik aku. cane ustazah bole cakap camtu. haritu juga ramai guru yang tegur aku sebab ayah aku. aku rasa macam untungnya jadi YDP, tade kat maktab pun orang tetap ingat. aku yang terperap kat maktab setiap hari, pun cikgu susah nak ingat nama aku. 


HUHHHHHHH ==' KLAAAA, BYE. 

Assalamualaikum :) 

Newer
Older